“Sayang…,”
Aku mengangkat muka. Perlahan kening ku angkat sebagai isyarat bertanya. Encik Fisdaus tersenyum. Komik di tanganku dicapai. Diletakkan ke kerusi bahagian belakang kereta.
“Dah sampai,”
Sudah sampai? Aku memandang sekeliling. Tersengih sambil perlahan membuka pintu kereta. Encik Firdaus turut melangkah keluar dari kereta. Satu hamper besar diambil.
“Meh Tiya tolong pegang,”dengan senang hati aku menyuarakan hasrat untuk membantu apabila melihat Encik Firdaus sedikit terkial-kial untuk menutup pintu kereta. Segera aku bergerak menghampirinya.
“Tiya!,”
Langkahku terhenti tiba-tiba. Tercegat melihat tangan Encik Firdaus yang lurus menghalang langkahku. Sedikit pelik dengan reaksi itu.
“Kenapa?,”
Encik Firdaus menggeleng perlahan. Bibirnya terukir senyum.
“Abang boleh bawa. Tak perlu abang nak susahkan isteri abang ni,”
Aku mencemik. Encik Firdaus tergelak. Namun, dapat aku rasakan tawanya tidak seceria selalu. Malas mahu berfikiran negatif aku cuma mengukir senyum. Mengekori langkah Encik Firdaus menuju ke halaman rumah Johan. Ternyata Johan sudah sedia menunggu kehadiran kami di pintu utama. Senyum riang terhias di bibir lelaki itu. Pasti gembira dengan kehadiran penyeri perkahwinannya.
Salam Encik Firdaus berjawab sambil laju Johan menghulur tangan.
“Susah cari rumah saya, Encik Firdaus?,”
“Tak susah pun. Senang saja,”
Aku mengukir senyum di sisi Encik Firdaus.
“Tahniah Joe,”ucapku bersama senyum panjang.
“Terima kasih,”ceria suara Johan mengungkapkan ucapan itu. Membuat aku pasti Johan sedang menikmati hari-hari bahagianya.
“Oh ya. Ini untuk baby,”tingkah Encik Firdaus sambil menghulurkan hamper besar di tangannya.
“Besarnya. Buat susah-susah saja,”
“Nasib baik shopping mall tu dia tak angkut bawa rumah awak, tau,”aku bersuara sambil tergelak kecil. Encik Firdaus turut tergelak berselang dengan gelak Johan.
“Masuklah Encik Firdaus,”
Aku dan Encik Firdaus mengangguk serentak. Johan sudah menghilang ke dalam. Kami melangkah perlahan ke ruang tamu sederhana besar itu.
“Baby tidur ke, Joe?,”laju soalan itu meniti di bibir suamiku sebaik melihat kelibat Johan keluar dari bilik.
“Tadi tidur. Encik Firdaus duduk dulu. Saya pergi tengok,”
Aku tersenyum kecil. Melabuhkan punggung ke sofa.
“Tak sabar-sabar kalau pasal baby,”
Encik Firdaus tersengih cuma. Melabuhkan punggung di hadapanku. Sekali lagi membuat rasa pelik bertengek di hati. Selalunya pasti lelaki ini akan mengambil tempat di sisiku. Dalam diam, hatiku sedikit terguris.
“Baby baru terjaga. Tahu dia ada orang datang nak tengok dia,”
Mendengar suara Johan aku menoleh. Johan menggendong bayinya sambil isterinya melangkah perlahan menuju ke arah kami. Segera aku mengangkat punggung.
“Kenapa suruh isteri keluar? Boleh ke jalan-jalan macam ni? Biarlah isteri awak berehat kat dalam. Kami boleh masuk ke sana,”aku bersuara dengan nada sedikit risau. Tidak mahu sesuatu yang buruk menimpa wanita itu.
“Tak apa Puan Adiya. Bukan jauh pun berjalan,”
Aku diam mendengar kata-kata isteri Johan. Cuma tanganku memegang bahunya. Mengiringinya sehingga ke kerusi. Sambil melabuhkan punggung dia menghadiahkan senyum manis buatku.
“Terima kasih, Puan,”
Aku tersenyum. Johan juga sudah melabuhkan punggung ke sofa. Meriba bayinya yang cukup kecil. Kagum aku seketika. Johan tidak Nampak kekok menguruskan bayinya.
“Baby boy kan?,”suamiku mula mengemukan soal selidik.
“Ha ah, Encik Firdaus,”
“Sayang tak nak pegang?,”
Aku kelu. Dalam keadaan serba salah, aku bergerak ke sisi Encik Firdaus. Melihat bayi yang cukup kecil di ribaan Johan, membuat aku sedikit gugup. Bolehkah aku memegang bayi sekecil ini?
“Puan nak pegang?,”Johan bersuara sambil memandangku.
“Ambil berkat. Mana tahu, lepas ni giliran Tiya pula,”sampuk Encik Firdaus bersama senyum nakalnya. Senyum nakal yang turut mengundang senyum di bibir Johan dan isterinya.
Aku akur. Bayi kecil Johan kuampu perlahan lalu kubawa ke ribaku. Barangkali terasa peralihan tempat, bayi kecil itu menggeliat. Membuat senyumku melebar.
“Comel…,”gumamku sambil memandang wajah Encik Firdaus. Encik Firdaus turut tersenyum, namun tetap juga kaku di sofa. Melihat Encik Firdaus seperti tidak selesa dengan kehadiranku di sisinya, aku bergerak menyisih. Tidak mempedulikan perbualan dia dengan Johan. Tumpuan aku cuma pada bayi comel di pangkuanku. Rasa terkilan muka membekas di hati. Aku mula dapat rasakan Encik Firdaus sudah mula berubah. Encik Firdaus bukan lagi Encik Firdaus yang dulu.
“Puan..,”
Aku terpinga-pinga seketika. Perhatian kualihkan pada dua wajah di hadapanku. Johan tersenyum.
“Minum dulu. Baby saya pegang,”
Aku tersengih. Tidak sedar bila minuman terhidang di meja. Bayi Johan kuserahkan semula padanya.
“Jangan lupa ya Joe, nanti nak buat cukur jambul inform me. Perbelanjaan saya tanggung,”
“Tak perlulah Encik Firdaus. Buat susah-susah aje,”
“Tak susah pun. Memang niat saya nak buat begitu,”
Aku terkebil-kebil menjadi pemerhati. Johan menggangguk perlahan. Barangkali sudah tidak tahu cara untuk menolak.
“Tiya. Cepat minum. Kita dah nak balik ni,”
“Hah? Oh… ya… ya,”pantas aku mencapai cawan teh. Meneguk perlahan.
“Cepat nak balik, Encik Firdaus?,”
“Tiba-tiba rasa macam tak sedap badan,”
Aku mengangkat muka.
“Abang tak sihat ke?,”laju aku bertanya.
Encik Firdaus tersenyum.
“Sikit saja sayang,”
“Kalau macam tu kita baliklah ya?,”
“Habiskanlah dulu minuman tu. Penat Joe buat,”gurau Encik Firdaus apabila laju aku meletakkan semula cawan ke meja. Johan tersenyum lebar.
*******
Menyampah! Aku tarik muncung. Entah sekaki entah sedepa panjangnya, aku pun tak pasti. Yang pasti, aku geram betul mendengar kata-kata itu. Tingkahnya di rumah Johan petang tadi, masih meninggalkan kesan di hati, mala mini Encik Firdaus tega menyakitkan lagi hatiku.
“Orang duduk jauhlah ni. Menyampah,”aku bersuara separuh merajuk.
Memang merajuk pun sebenarnya. Segera aku bergerak jauh ke birai katil. Mengerling ke arah Encik Firdaus. Tunggu dipujuk. Melihat Encik Firdaus santai membelek majalah bersama dahi yang berkerut-kerut, cepat-cepat aku mencapai bantal dan selimut.
“Orang tidur kat sofa,”rajukku sambil menarik muncung.
“Terima kasih, sayang,”
Hah?! Terima kasih? Aku berpaling. Merenung tajam wajah suamiku @ Encik Firdausku yang seorang ini. Macam tak percaya. Memang tak percaya. Aku gertak mahu tidur di sofa, dia ucapkan terima kasih? Suamikukah ini? Atau saat ini dia sedang dirasuk sesuatu?
“Terima kasih, bang?,”
“Yalah. Sebab faham keadaan abang,”
Faham? Aku menggigit bibir. Ini bukan faham bang, ini merajuk!
“Abang ni kenapa? Dah tak sayang Tiya ke? Sia-sia aje abang kejar Tiya ke hulu ke hilir, kalau setakat kahwin enam bulan abang dah tak suka kat Tiya,”aku bersuara sendu. Sedih betul.
“Bukan macam tu sayang. Abang minta maaf. Tapi, abang pening sangatlah,”
“Kalau pening, makanlah ubat. Tiya ambil ubat ya. Tak pun… nak Tiya picitkan?,”
“Tak payah…tak payah…,”
Langkahku mati serta-merta melihat suamiku itu bergerak berundur ke belakang. Serta – merta sekali lagi membuat aku teringat pada tingkahnya siang tadi. Takut benar kalau-kalau aku hampir dengannya. Tindakan yang menambahkan geram di hatiku.
“Kalau macam ni, biar Tiya tidur kat bilik lainlah. Tak nak tidur kat sofa. Sakit belakang,”sebaik habis bicaraku, Encik Firdaus kulihat cepat-cepat berdiri. Menghalang langkahku. Aku menjeling sambil memeluk erat bantal dan comforter di dada.
“Jangan sayang. Nanti kecoh satu rumah. Tak apa. Sayang tidur kat katil. Abang tidur kat sofa. Okay?,”
Aku mula bercekak pinggang. Masih juga nak tidur asing-asing? Aku sudah mula musykil. Musykil sangat-sangat.
“Abang! Abang ada perempuan lain ek? Dah tak suka dengan Tiya? Kalau tak suka dah kat Tiya, tak apa. Tiya boleh balik rumah mak. Boleh duduk dengan mak,”
“Bukan macam tu sayang. Abang tak sihatlah. Tak tahu kenapa. Sejak akhir-akhir ni, memang tak sihat betul,”
Aku mencemik. Entah-entah alasan saja.
“Tak sihat pergilah klinik. Jumpa doktor,”
“Dah. Dah dua kali abang jumpa Mia. Dia cakap, tak ada apa-apa,”
“Jumpa Mia? Tak cakap dengan Tiya pun,”
Encik Firdaus tersengih.
“Abang singgah kat hospital hari tu. Jumpa dia,”
“Oh… ada affair dengan Mia yang cantik tu ya?,”aku mula bercekak pinggang.
“Cemburulah tu…,”
“Tak,”
“Dah tu, siap bercekak pinggang tu, kenapa? Dah macam nak buka silat abang tengok tu..,”
Aku menjeling tajam. Cakap sakit kepala. Tapi, boleh pula mengutuk aku.
“Lain kali nak jumpa Mia, bawalah Tiya sekali,”
“Kenapa? Nak jadi bodyguard abang?,”
“Taklah. Abang jumpa Mia…Tiya boleh jumpa Abang Kamal. Lama tak sembang-sembang dengan Abang Kamal,”
Encik Firdaus mencemik.
“Sorry sayang, abang tak jealous lah,”
Aku jegilkan mata. Encik Firdaus tergelak kecil. Macam tahu-tahu sahaja aku sengaja mahu memancing cemburunya.
“Entah-entah abang ada affair dengan secretary abang tu, tak?,”aku bersuara menutup rasa malu, apabila umpanku tidak mengena.
“Tiya… sekali aje abang ada affair dengan secretary tau. Lepas tu, dah tak ada,”
Hah? Sekali aje? Maknanya ada ke?
“Ada ke bang?,”soalku perlahan. Pengakuan jujur dari Encik Firdaus nanti pasti membuat hati ini bertambah parah. Tapi, aku kena tahu juga. Kepala mula berputar mengira setiausaha Encik Firdaus selepas aku berhenti. Dua atau tiga orang? Selepas kakak Haryati, penggantiku itu berhenti, ada dua setiausaha yang menghuni mejaku dulu. Hatiku sudah cuak. Curangkah suamiku ini? Kerana kecurangan itukah setiausaha-setiausaha itu berhenti? Tidak! Aku mahu percaya alasan Encik Firdaus yang dulu. Alasan bahawa sukar mencari pembantu yang benar-benar boleh mengikut cara dia bekerja.
“Siapa bang? Sampai hati, abang tak jujur dengan Tiya…,”aku terduduk ke katil semula. Lemah lutut mendengar cerita yang menghangatkan hati ini.
“Lawa orangnya. Putih. Kalut sikit. Tapi, baik hati…,”
Aku tahan nafas. Telinga sudah berasap. Aku cuma mahu tahu siapa. Bukannya mahu tahu semua tentang setiausahanya itu.
“Tapi tulah. Abang tak tahan sikit dengan satu aje sikap dia,”
“Ooo… tak tahan dengan sikap dia, abang break up lah ya? Cakap kat Tiya secretary abang yang mana?,”
“Lupa nama dia. Banyak betul nama dia. Tapi, dia kuat cemburu,”
Kuat cemburu?
“Tak makan sayur,”
Tak makan sayur?
“Suka panjat pokok,”
Suka panjat…aku mula tersenyum.
“Ada kucing, nama tak glemer langsung,”
“Abang jahat! Suka sakitkan hati Tiya tau,”aku menjerit geram. Sia-sia aku cemburu. Cemburukan aku sendiri. Buat apa? Encik Firdaus tergelak besar.
“Abang jahat!,”aku melompat menyeberangi katil. Cepat-cepat Encik Firdaus berundur.
“Jangan dekat dengan abang,”
Aku berhenti. Kening sudah berkerut semula.
“Kenapa?,”
“Abang rasa macam nak… nak muntah,”
“Nak muntah?,”
Encik Firdaus tersengih. Aku bungkam. Berpaling semula menuju ke katil. Nekad betul Encik Firdaus tidak mahu mendekatiku.
“Sayang?,”
Aku pekakkan telinga. Menarik selimut menutup muka.
“Marah ke?,”
Tangan aku mencapai bantal. Menutup telinga. Terasa sentuhan lembut di bahuku.
“Merajuk ya?,”
“Sorry. Abang tak patut cakap macam tu ya? Tapi, betul sayang. Mungkin abang makan banyak sangat petang tadi,”
Aku mencebik. Siapa suruh makan banyak sangat? Hatiku mula membebel.
“Tahulah tak ada siapa suruh. Tapi, kenapa ya? Lately, selera makan abang melampau-lampau pula,”
Aku menggigit jari. Sejak berkahwin, Encik Firdaus semakin arif dengan apa yang sedang bermain di hatiku. Pelik sungguh. Aku menarik nafas. Tersekat. Sudahnya selimut kuselak tiba-tiba. Lega. Lemas berselubung dengan selimut. Encik Firdaus kulihat sedikit tersentak.
“Kenapa ni?,”
“Lemas,”jawabku sepatah. Masih bersama dengan muka yang mencuka. Encik Firdaus tergelak.
“Mahu tak lemas. Dah macam doreamon kena bungkus,”
“Abang ni. Siapa doraemon?,”
“Sayanglah,”
“Tak baik cakap Tiya macam tu. Patutlah dah tak nak dekat dengan Tiya. Sebab Tiya dah tak macam dulu ke?,”
“Siapa cakap tak nak dekat? Cuma, abang kurang sihat dua tiga hari ni,”
“Yalah tu. Tiya nak tidur. Jangan kacau,”
Encik Firdaus tersenyum.
“Tidurlah. Good night, sayang,”
“Itu aje?,”
Encik Firdaus senyum lagi. Bergerak menghampiriku. Mendekatkan bibirnya ke dahiku. Namun, belum sempat bibir itu menyentuh dahi, dia cepat-cepat bangkit. Berlari ke bilik air. Aku termangu. Pelik. Kenapa dengan suamiku ini?
****
12 comments:
confirm pregnant..yeayyyy
nk lg...plzz :)
yeah...mesti die preggy......seronoknye~~~
smbg la lg...xsabar nie~~~
nk lagi........waaaaaaaaaaaa...
best2..... x sabar nk tunggu sambungan....
Morning sicness utk suami.. barulah adil...suker2
hani..tolonglah sambung cepat2..jgnlah biarkan cite nie lama2 tak bersambung...
yeye! rindu dah terubat.. suka sangat2! sambung cepat2 ye kak hanni... :)
suka2...jarang ada suami yg kena morning sickness...xsabar nk baca sambungan cerita ni..
hahaha...nmpaknya mcm tiya pregnant..
hahaaaaa.........confrm, tiya pregnant!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tiya preggy...
en firdaus yg dpt alahan...
sweettt.....
tiya yg pregnant...en firdaus yg alahan yer...
nasib laa...
alamak bestnye ..... eeiiiee x sbr nk baca ys seterusnya.... hani cepat la sambung balik...
Post a Comment