Monday, March 1, 2010

Duhai hati...8

“Sampai bila nak marah I ni? Macam-mana nak bersauadara kalau marah-marah macam ni?,”
Mesha mengerling. Wajah selamba Zaquan dijeling sekilas.
“Semua orang ada buat silap Mesha. I dah berubah. I dah tak macam dulu,”
“So?,”
“So, cukuplah marah-marah kat I. You tak rasa ke, bila you marah I, macam you marah boyfriend you tu?,”
“Kenapa pula?,”
Zaquan tersengih. Sedikit panjang ayat yang meniti di bibir Mesha.
“Sebab muka kita orang kan sama,”
“Tapi, perangai dia yang buat I rasa dia tak sama dengan you,”
Zaquan mengeluh perlahan.
“Tak baik berdendam. Lagipun, you dah bahagia pun dengan Haniff. Kan?,”
Mesha berhenti melangkah. Membuat langkahnya juga turut terhenti.
“Tak bererti you boleh ganggu adik I,”
“Salah ke?,”
“Memang salah. I tak suka,”
“Kenapa? Takkan you jeleous pula?,”
“Tak ada masa,”
“Dah tu?,”
“I tahu you masih ada hubungan dengan Marissa,”
“What? Dengan minah tu?,”
“I tahu. You tak perlu nafikan. And, atas alasan tu, I nak u jauhkan diri dari Balqis. Dia masih terlalu muda,”
“Mesha…Mesha…
“So, itulah sebabnya. Bila you cakap you dah berubah, I cuba untuk percaya. Tapi, apa yang I tengok tak macam apa yang you cakap. Jadi, I nak you supaya jauhkan diri dari Balqis bukan sebab I berdendam dengan you, Tapi, sebab I sayangkan adik I. I tak berdendam dengan you. Puas hati?,”
Zaquan tersenyum.
“So, janganlah marah I berkawan dengan Balqis,”
“Zaq!,”
“Ya Cik Mesha,”
“I tak benarkan,”
“I ada ikhtiar, Cik Mesha,”
“Cubalah!,”
Zaquan tersenyum panjang. Beralih dari jendela menuju ke sofa. Lambat pula rasanya berjalan. Dia ada ikhtiar. Memang dia ada ihktiar. Dia tidak akan mengalah begitu saja. Buktinya malam ini dia sudah berjaya.
“Zaq. Gelisah nampaknya,”
Pantas dia berpaling. Senyum Haniff Cuma dibalas dengan satu renungan kosong. Perlahan menghenyak punggung ke sofa. Sekali lagi matanya menikam jam di tangan.
“Kenapa bukan abang yang jemput buah hati abang tu?,”soalnya akhirnya. Haniff menoleh sambil bersandar di pintu utama yang terbuka. Jelas keresahan di wajah adiknya itu. membuat hatinya tertanya seriuskah perasaan Zaquan pada Balqis?
“Abang nak jemput. Mesha cakap dia nak sendiri sendiri,”
Zaquan mengeluh.
“Kamu angau ke dik?,”
“Saya angau ke… tidak ke… bukan urusan abang kan?,”
Haniff tergelak kecil. Ternyata Zaquan masih ada rasa marah padanya. Dan, dia pula malas mahu melayan tingkah Zaquan yang tidak matang pada matanya.
“Dah sampai pun buah hati kamu,”ujarnya tersenyum melihat kereta Mesha perlahan memasuki perkarangan rumahnya. Zaquan segera bangkit dari sofa.
“Assalamualaikum Encik Hen…,”
Zaquan tercegat di sisi Haniff bersama senyum lebar. Dan, Balqis mula menggaru kepala. Berpaling ke arah Mesha yang masih di kereta. Seketika pandangan dialihkan semula pada dua wajah yang sama di hadapannya. Keliru.
“Assalamualaikum Encik Kembar,”
Haniff tergelak. Dan Zaquan tersenyum. Sedang Balqis Cuma mampu tersengih mendengar dua lelaki itu menjawab salamnya. Sungguh dia bermasalah untuk bezakan antara Haniff dan Zaquan.
“Susahlah saya nak kenal. Lain kali pakai name tag lah,”
Haniff tergelak lagi.
“Tak pun pakai pass word ke,”ujarnya lagi.
“Masuklah budak kecik,”
Balqis tersenyum lebar.
“Haaaa… yang ni, Encik Hensem kan?,”
Zaquan tersenyum.
“Encik Hensem?,”Haniff bersuara dengan nada sedikit hairan.
“Memang kenyataan. So, what? Dengki?,”balas Zaquan sambil berlalu. Haniff menggeleng perlahan. Macam-macam.
“Kak Mesha cakap, ayah Encik Hensem ajak dinner,”
Zaquan tersenyum. Setelah memujuk bapanya, akhirnya dia berjaya membuat Mesha terpaksa membawa Balqis ke sini. Permintaan bakal bapa mertua, takkan mungkin Mesha mampu menolaknya.
“Kita bukan kat kampus. Tak payah berencik lah,”
Balqis tersenyum.
“Hmm.. susah. Macam serba tak kena aje . Nak panggil apa ya?,”
Zaquan senyum.
“Abang…,”ujarnya selamba sebaik melihat Mesha muncul di sisi Haniff. Sengaja mahu kata-katanya sampai ke telinga Mesha.
“Abang Haniff…Abang Zaquan. Okay lah tu,”
“Memang okay,”balasnya sambil kenyitkan mata.
“Mana ayah abang Zaq?,”
“Tu…,”
Balqis berpaling. Bertemu pandang dengan seorang lelaki separuh abad yang masih segak penampilannya. Lebar senyum dilemparkan. Tempoh hari dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan bapa Zaquan dan Haniff. Dan, hari ini, akhirnya dia bersua juga.
“Assalamualaikum, Datuk,”
“Walaikummussalam,”salam itu dibalas mesra. Datuk Johan bergerak mendekati anak gadis yang menjadi sebutan Zaquan itu.
“Inilah Balqis ya?,”
Balqis tersenyum sambil menyalami tangan Datuk Johan. Diikuti Mesha yang tiba-tiba berada di tengah-tengah antara dia dan Zaquan.
“Student Zaquan juga kan?,”
“Ya Datuk,”
“Abah. Panggil abah saja. Abah lebih suka kalau Balqis panggil abah. Sama macam Mesha,”
Balqis diam sambil tersenyum. Baiknya Datuk ini. Sudahlah baik, hensem pula. Anak-anak pun hensem! Hatinya mula berbicara sendiri. Membuat senyumnya melebar tanpa sedar. Gatal. Tiba-tiba dia teringatkan perkataan Haikal yang memang tertuju khas padanya itu. Gatal ke? Dia tersengih. Sikitlah…
“Qis. Kenapa ni? Senyum sorang-sorang pula. Beranganlah tu,”
Balqis sedikit tersentak. Memandang Mesha seketika. Kemudian wajah-wajah di hadapannya. Sedikit malu dengan keterlanjurannya itu, Balqis tersengih cuma.
“Ok lah. Rasanya dinner dah siap kan. Jom kita makan,”Datuk Johan bersuara sambil memberi isyarat pada pembantu rumahnya yang setia menanti di ruang makan.
“Kak Ngah ni… buat malu orang aje,”sebaik dia ketinggalan sedikit di belakang bersama Mesha, segera rasa tidak puas hatinya dihamburkan dengan nada separuh berbisik.
“Yelah. Dah adik tersengih-sengih macam kerang busuk,”
Balqis menjeling.
“Ingat pesan kak ngah,”sempat Mesha berbisik di telinganya. Membuat jelingan Balqis bertambah panjang.
“Satu-satu perkataannya orang ingatlah kak ngah. Siap tahu lagi kat mana full stop. Kat mana koma. Kat mana tanda seruan!,”
Mesha merenung tajam. Balqis pula mengeluh perlahan.
“Tak ada masa lah orang nak fikir benda tu semua. Orang nak enjoy je. Faham,”
“Apa pun, kak ngah nak adik hati-hati. Kak ngah tak nak nanti adik dapat masalah. Faham,”
“Faham…faham…faham… Nasib baiklah Abang Zaquan yang mengajar adik. Kalau kak ngah mesti boring gila. Asyik pot pet…pot pet…,”
Mesha jegilkan mata.
“Adik!,”separuh berbisik suaranya tertahan menahan rasa geram. Balqis tersengih.
“Peace…..,”ujarnya sambil mengangkat dua jari tanda ‘peace’.
“Mesha…Balqis…ada apa lagi tu? Marilah makan,”
“Hah? Ya abah,”ajakan Datuk Johan segera Mesha balas.
“Cepatnya panggil abah. Cakap dengan mak nanti. Belum apa-apa dah panggil ayah orang, abah,”
Sekali lagi wajah adiknya dicerlung tajam.
“Bukan kak ngah yang nak panggil macam tulah. Dengar tak tadi dia cakap apa? Adik pun dia suruh panggil dia abah kan?,”bisik Mesha tertahan. Balqis mencemik.
“Eleh… Diam-diam bercinta. Tak bagitau mak pula tu,”
Mesha merengus geram. Pantas mencapai tangan Balqis. Makin dilayan mulut becok itu, pasti makin sakit hatinya.
“Jom. Semua orang dah tunggu kita. Adik ni kan. memang buruk perangai. Kat rumah orang pun, nak ajak gaduh,”
“Kak Ngah lagi buruk perangai. Kat rumah orang pun nak lawan bergaduh,”balas Balqis sambil mengangkat kening. Tersenyum lebar melihat kakaknya mengetap bibir. Nasib baik rumah orang. Kalau rumah sendiri, rasanya sudah lama lengannya menjadi sasaran cubitan Mesha.
“Jom,”
Balqis Cuma diam sambil membiarkan Mesha menarik tangannya. Melangkah menuju ke ruang makan yang cukup mewah pada pandangan matanya. Beruntung kakaknya bakal menjadi menantu di rumah besar ini.
“Buat apa kat luar tu?,”
“Kak Ngah ajak gaduh,”selamba Balqis menjawab soalan Datuk Johan. Berjaya membuat wajah Mesha merona merah. Datuk Johan tergelak.
“Ingatkan Zaquan dengan Haniff saja yang suka bergaduh. Mesha dan Balqis pun sama ya?,”
“Tak adalah abah. Mana ada bergaduh,”Mesha bersuara sambil mengambil tempat di sisi Haniff. Tersenyum kecil menanggapi pandangan Haniff bersama senyum lebar. Malunya!
“Ya lah tu…,”tingkah balqis tersengih. Disambut gelak kecil Zaquan. Segera dia memberi isyarat agar Balqis duduk di sebelahnya. Serentak berbalas kenyitan sambil menahan tawa. Suka melihat wajah Mesha yang sedikit kelat. Datuk Johan sekadar memerhati sambil tersenyum.

*****

18 comments:

Aishah Hamzah said...

best!best!dh lame tunggu sambung Duhai Hati nie....sambung lagik!

Anonymous said...

besttttt

Anonymous said...

hanni.... dah lama tunggu zaq ni.... anyway tq... kalau panjangkan sikit lagi best.......

Anonymous said...

X HABIS SENYUM G..TETIBA DAH HABIS..
HUHU.. X BERAPA NAK PUAS..=)

~hilma

iffahnazifa said...

Saja je zaq tu nk usik mesha kan..hehe

MaY_LiN said...

alahai~
berpasang2lak..

Anonymous said...

tq kak hanni

farah amanina said...

heheh.. kak hanni.. best lah.. baru baca jer nih.. langkau trus episod 8.. hehe. tapi best.suka.. sambung lag... kak hanni.. suka cita mimpi yg mati.. sambung lag yer.. huhuu..

Anonymous said...

alah...nie xder sambungan ker? makin best nie....isshh...best..best

~:: awE ::~ said...

ala....dah habis ke citer nie??
klu ada smbungn xsabar nak tggu baca..huhu

cepat2 la wat smbungn

farAh manaf said...

smbg222222

Anonymous said...

iman
luv 2 read ur books kak hani..
bila la gamaknya nk d buku kan crita2 nih?sy xsbr nk buat koleksi...

SaLzA said...

kak hanni,bila nak sambung novel ni....lama sngat.tak sabar nak baca,hehehe

zainabmardhiahkhairudin said...

kak..
bestnyer citer nih..
so sweeeeetttttt...
smbg lg kak..
best3...

diahperi said...

dah abis baca smpai episode 8 bila nk smbung cita ni best ada lucu x boringlah

Anonymous said...

bila nak ada n3 bru??
cita ni best sgt...

shah said...

so sweet...plz continue...

salina (Ina) said...

x sangka tadi tu sambungan .. so sweet... ending seterusnya...

[11:35:50 PM] hos.getah: