Wednesday, February 25, 2009

Pergilah Air Mata 42

“Jangan mengada-ngada nak angkat pasu tu,”
Gerakan tangan Sabrina terhenti. Mendongak memandang wajah Datin Hamidah yang leka memotong pokok bunga kertas di hadapannya. Peluh yang mulai membasahi dahinya, disapu perlahan.
“Nanti jatuh lagi…,”sambung Datin Hamidah sambil terus dengan kerjanya. Langsung tidak memandang wajah Sabrina. Sabrina tersenyum kecil.
“Yalah,”akhirnya dia menjawab sepatah. Barangkali Datin Hamidah risau bunganya hancur lagi.
“Hai, aunty. Senang hati Nampak,”
Datin Hamidah menoleh. Sabrina pula, sekali lagi mengangkat mukanya. Bertemu dengan senyum lebar Darius.
“Darius. Buat apa kat sini?,”
“Nak jumpa Bad. Dah penat menunggu. Tak timbul-timbul,”
“Hari minggu. Biasalah. Berkurunglah tu. Ada janji dengan dia ke?,”
“Ha ah. Biasalah aunty. Kalau bukan hari minggu, bila lagi nak bersama-sama dengan isteri? Betul tak?,”balas Darius sambil bibirnya membalas senyum yang dihulur Sabrina.
“Bersama-sama isteri apa? Pagi-pagi lagi isteri kesayangannya tu dah keluar. Sejak akhir-akhir ni, macam tulah dia. Kalau tak ada Dayana, suka sangat berkurung dalam bilik,”
Darius tergelak.
“Dia lari dari seseorang kot?,”tekanya sambil matanya meratah wajah Sabrina yang sudah menunduk menyambung kerjanya. Sengaja mahu mengesan perubahan wajah gadis itu sebenarnya. Namun, wajah itu Nampak cukup bersahaja. Dia gagal menebak apa yang bersarang di hati Sabrina.
“Hai Sabrina. Lama tak jumpa…,”akhirnya dia menyapa.
Sabrina mengangkat muka sambil tersenyum kecil. Sapaan itu sekadar dijawab dengan senyuman.
“Kamu kenal Sabrina ke?,”Datin Hamidah bertanya hairan. Memandang wajah Sabrina dan Darius bergilir-gilir.
“Bad pernah kenalkan kami dulu,”
Datin Hamidah Cuma mengangguk. Sarung tangannya ditanggalkan perlahan lalu diletakkan ke dalam kotak perkakasan berkebunnya.
“Aunty nak masuk sekejap. Kamu tak nak masuk ke? Atau, nak tunggu di sini?,”
“Saya tunggu di sini,”
“ Hmm… yalah. Sabrina, ingat. Jangan angkat pasu-pasu tu. Biar Rahman yang buat nanti,”
Sabrina tersenyum sambil mengangguk. Datin Hamidah berlalu.
“Bukan main sayang lagi kat menantu dia ya? Tak bagi angkat benda berat-berat,”
Sabrina tergelak.
“Dia sayang kat pasu dan bunga dia sebenarnya,”balas Sabrina bersama sisa gelak. Darius tersenyum. Wajah putih Sabrina yang sedikit kemerahan terkena bahang matahari menarik matanya untuk terus menikmati wajah itu. Keindahan anugerah Tuhan tidak sepatutnya disia-siakan. Dia tersenyum kecil. Tidak hairan mengapa Badrul sibuk hendak jauhkan diri dari gadis itu. Juga tidak hairan apabila Badrul lebih rela mengurung diri di bilik daripada terus berdepan dengan Sabrina. Lucu.
“Awak apa khabar sekarang?,”soalnya sambil memeluk tubuh. Memandang jemari Sabrina yang lincah mencabut rumput-rumput kecil di dalam pasu.
“Sihat,”
“Hati?,”
Sabrina mengangkat muka. Darius tersengih.
“Hampir sihat,”jawab Sabrina selamba.
“Baguslah. Harap-harap cepat sihat sepenuhnya ya?,”
Sabrina tersenyum kecil. Faham kiasan Darius. Dia memandang Darius sambil mengangkat punggung dari kerusi kecil yang didudukinya. Darius ditinggalkan. Dia bergerak ke pili. Membasuh tangannya yang sedikit kotor. Berpaling dari pili, dia sedar, pandangan Darius masih ke wajahnya.
“Ada cerita baru awak nak kongsi dengan saya?,”Darius bertanya lagi. Membuat Sabrina sedikit hairan. Kalau pun ada, tidak mungkin dia akan bercerita pada Darius. Berkongsi beban perasaan dengan lelaki bukan satu jalan yang baik untuk seorang perempuan yang sudah bergelar isteri orang. Itu yang sering dia dengar. Dan dia pegang pada kata-kata itu.
“Kenapa ya? Seorang di halaman. Seorang di bilik?,”
“Mana saya tahu. Itu Encik Darius kena Tanya Badrul,”
Darius tersenyum.
“Nanti saya Tanya. Tapi, sebelum tu, ada soalan lain untuk Sabrina,”
“Soalan? Untuk saya?,”
Darius mengangguk.
“Soalan apa?,”Sabrina bertanya hairan. Bergerak perlahan dari rimbunan bunga-bunga di sudut pagar. Ingin mencari tempat yang lebih redup. Pipinya sudah terasa hangat benar terkena panahan matahari. Darius mengekorinya dari belakang.
“Soalan apa, Encik Darius?,”sekali lagi Sabrina bertanya sambil memberi isyarat kepada Darius agar duduk di kerusi besi. Darius akur. Melabuhkan punggung ke kerusi serentak dengan Sabrina.
“Awak kenal Amira?,”
“Amira?,”
Darius mengangguk. Sabrina termenung seketika. Wajah Amira menjelma. Tetapi dia yakin, tidak mungkin Darius bercakap tentang Amira yang sama.
“Maria?,”
Mendengar nama Maria, membuat dia sedikit terkejut. Hatinya mula yakin. Pasti Darius sedang bercakap tentang Amira yang dia kenal.
“Macam mana Encik Darius kenal mereka?,”
“Amira. Kebetulan. Maria… of course dari suami awak,”
“Badrul kenal Maria?,”
Darius tersenyum. Ternyata Sabrina tidak tahu apa-apa.
“Dia jumpa Maria. Awak tahu?,”
Sabrina tersentak. Terkejut. Badrul berjumpa dengan Maria? Untuk apa lelaki itu berjumpa dengan Maria? Bulat matanya memandang wajah Darius.
“Badrul kenal Maria ke? Meraka kawan ke? Kenapa saya tak pernah tahu? Kenapa Badrul tak pernah cakap apa-apa pun kat saya? Kenapa…,”
“Wait…wait…satu –satu ya. Jangan Tanya sekaligus. Saya pun dah tahu nak jawab yang mana satu,”
Sabrina diam. Cuma kepalanya ligat berfikir. Tidak mungkin Badrul dan Maria saling mengenali.
“Badrul cakap dia pernah tengok gambar Maria dari awak,”
Sabrina terus diam. Fikirannya yang sedikit bercelaru, memaksa dia mengunci mulut seketika.
“Dia tak kenal Maria. Cuma pernah tengok gambar Maria dan pernah terserempak dengan Maria,”
“Macam mana dia boleh jumpa Maria?,”Sabrina menyusun soalan semula.
“Dari Amira. Kami pernah terserempak. Kebetulan saya kenal Amira. Dan Amira keluar lunch dengan Maria masa tu,”
“Kenapa dia nak jumpa Maria?,”laju Sabrina bertanya. Saat ini dia sudah tidak peduli bagaimana mereka boleh saling mengenali. Yang penting sekarang, dia perlu tahu kenapa Badrul mencari Maria. Apa yang Badrul ceritakan pada Maria?
“Dia mahu tahu sesuatu tentang awak, Sabrina,”
“Sesuatu tentang saya? Tapi, kenapa Maria?,”
“Sebab dia rasa, Maria tu, kawan awak. So, may be dia boleh dapat sesuatu dari Maria,”
Sabrina diam. Sungguh dia tidak menduga sejauh itu tindakan Badrul.
“Apa yang dia cerita pada Maria?,”
Darius menggeleng.
Sabrina mengeluh perlahan. Janganlah Badrul ceritakan tentang sapaan Ikmal di Yahoo! Mesenger nya. Dia tidak mahu Maria terluka mendengar cerita itu. Dia tidak mahu Maria mengesyaki Ikmal cuba menipunya.
“Awak nak tahu apa yang dia ceritakan pada Maria? Saya boleh minta Amira…,”
“Jangan. Jangan…saya tak mahu tahu apa-apa,”laju Sabrina menyampuk. Membuat Darius mengeluh lemah.
“Kenapa?,”
“Saya tak mahu ganggu dia lagi,”
“Kenapa?,”
Sabrina diam. Sebenarnya dia tidak mahu Maria tahu apa yang sedang dia alami. Dia tidak mahu Maria dan Ikmal tahu perjalanan hidupnya yang semakin hari semakin suram ini. Dia tidak mahu sampai Ikmal dan Maria tahu dia tidak bahagia. Tidak mahu Ikmal datang mencarinya dan meninggalkan Maria yang sudah banyak berkorban. Biarlah Ikmal dan Maria mengecap bahagia.
“Tapi, kenapa?,”sekali lagi Darius bertanya.
“Saya tak mahu dia tahu keadaan saya. Tolong ya. Jangan Tanya apa-apa pada Maria atau pada Amira. Jangan beritahu apa-apa pada mereka,”
Darius mengeluh perlahan. Memang itulah tujuannya. Dan, dia ke sini, memang mahu berjumpa dengan Sabrina. Ingin mendapat persetujuan daripada Sabrina untuk mengetahui apa yang Badrul dan Maria bualkan. Dia tidak berpuas hati dengan Badrul. Prasangka Badrul terasa sudah melebih-lebih pula. Sangkanya pasti Sabrina berminat untuk mengetahui apa yang menjadi topic perbualan antara Badrul dan Maria itu. Ternyata dia silap. Sabrina tidak berminat.
“Saya Cuma nak membantu,”
“Saya hargai. Tapi, please. Jangan ya. Saya betul-betul tak nak Maria dan yang lain tahu keadaan sebenar saya,”
“Hmmm… Kalau awak dah tak setuju, saya tak boleh buat apa-apa. Sangka saya, awak mahu tahu apa yang Badrul cakap dengan Maria,”
Sabrina Cuma memandang kosong wajah Darius yang sedikit kecewa.
“Peliklah awak ni, Sabrina,”akhirnya Darius merungut perlahan. Membangkitkan rasa hairan di hati Sabrina. Dia tergelak kecil.
“Pelik?,”
Darius mengangguk sambil tersenyum. Menongkat dagu bersama renungan yang tidak putus ke wajah Sabrina. Sabrina mengukir senyum. Senyum yang tidak begitu manis. Tidak senang dengan renungan Darius sebenarnya. Darius tergelak.
“Saya tahu apa ada dalam hati awak…,”
Sekali lagi rasa hairan menghambat jiwa. Darius menyambung gelaknya.
“Awak tak suka dengan renungan saya. Itu bezanya awak. Kalau perempuan lain, dia akan tersenyum malu. Tapi, awak, senyum sumbang. Nampak sangat awak tak suka,”
Sabrina diam. Darius menduganya. Untuk apa?
“Apa maksud awak? Awak ingat saya ni, perempuan macam mana?,”
Darius mengeluh panjang. Bersandar ke kerusi. Sedikit senang apabila Sabrina tidak lagi berencik dengannya.
“Saya tahu awak perempuan macam mana. Malah saya yakin awak perempuan macam mana. Yang saya tak faham, kenapa Badrul terus buta? Awak mesti lakukan sesuatu Sabrina. Jangan biarkan suami awak tu berterusan blur macam tu,”
“Blur? Siapa? Badrul?,”
“Dah tu, siapa lagi suami awak, kalau bukan Badrul?,”
Sabrina tersenyum.
“Awak mesti lakukan sesuatu untuk buktikan siapa awak sebenarnya. Saya yakin awak tak salah. Tapi, awak kena buktikan awak tak salah. Buktikan pada Badrul,”
Sabrina diam.
“Dan…yang peliknya tentang awak ni. Awak langsung tak nak tahu ke, apa yang suami awak bualkan dengan kawan baik awak, tentang diri awak?,”
Sabrina menggeleng.
“Malu saya. Rasanya saya yang lebih-lebih nak tahu,”
Sabrina tergelak. Lucu mendengar penjelasan yang terlalu jujur dari Darius.
“Kenapa?,”soalnya sepatah.
“Kenapa? Kenapa apa?,”
“Kenapa awak beria-ia nak tahu tu semua?,”
Darius tersenyum kecil mendengar soalan Sabrina. Perlahan dia menjungkit bahu sambil bersandar ke kerusi.
“Nak tahu?,”soalnya sedikit berteka-teki. Sabrina mengangguk.
“Pertama, sejak saya jumpa awak, ada sesuatu tentang awak yang menarik perhatian saya. Sesuatu yang terlindung. Saya tak tahu apa. Tapi, saya nak tahu, apa yang saya tak tahu tu. Kedua, saya tahu Bad salah menilai awak. Saya mahu bantu awak ubah pandangan Bad. Saya tak mahu dia kehilangan permata dalam genggaman. Itu sajalah sebabnya buat masa ni,”
Sabrina tersenyum panjang. Jawapan berbelit yang penuh pujian itu, sedikit menggeletek hatinya. Wajah ceria Darius dipandang lagi.
“Awak ke sini, sebenarnya…nak jumpa Badrul atau nak jumpa saya?,”
Darius tersengih.
“Nak tahu?,”Darius mengulangi soalan teka-tekinya.
Sabrina Cuma tersenyum.
“Okay. Nak jumpa Badrul, cuma alasan. Sebab sebenar, saya nak jumpa awak. Nak cakap pasal ni. Tapi, saya terkejut. Terkejut bila awak menolak cadangan saya untuk risik apa yang Badrul dan Maria cakap tentang awak..tentang dia…,”
“Apa yang Badrul nak tahu. Nak Tanya. Nak siasat. Itu bukan urusan saya. Saya tak perlu tahu,”
Darius mengeluh lagi.
“Okay. Yang tu, awak tak nak ambil tahu. Tapi, pandangan Badrul macam mana? Awak tak rasa nak ubah? Takkan awak nak Badrul anggap awak macam ni, selama-lamanya?,”
“Yang tu pun, saya dah cuba. Kalau dia berkeras tak nak percaya, tak mungkin saya boleh buat dia percaya. Sekarang, biarlah saya serahkan semuanya pada Tuhan. Kalau betul saya tak salah, pasti akan terbukti juga nanti. InsyaALLAH,”
Darius mengangguk perlahan. Betul juga. Bukan senang untuk meyakinkan lelaki sedegil Badrul.
“Awak nak jumpa Badrul. Dia dah tahu ke awak dah sampai ni?,”
“Entah,”
Sabrina kerutkan kening. Darius tersengih. Memang dia tidak pasti. Sampai sahaja tadi, dia terus berjumpa Sabrina.
“Saya panggil dia ya?,”
“Tak payah,”
Sabrina menoleh. Jawapan dingin itu, dia tahu dari mulut Badrul. Badrul tercegat di belakangnya dengan wajah yang langsung tidak manis.
“Dah siap ke?,”
“Kau tengok?,”soal Badrul dingin.
Darius tersenyum mendengar jawapan itu. Memandang Badrul sudah siap berpakaian sukan.
“Jomlah. Sabrina, jomlah temankan Badrul main tennis,”
Sabrina menggeleng sambil tersenyum.
“Betul kau tak nak ikut?,”Badrul turut bertanya. Memandang wajah Sabrina yang kelihatan sedikit terkejut dengan soalannya barangkali. Dia sendiri terkejut dengan soalan sendiri. Bagaimana soalan itu boleh terpacul dari bibirnya?
“Tak naklah. Awak pergi berdua dahlah,”
“Kalau kau nak ikut, aku boleh tunggu kau bersiap,”sekali lagi kata-kata yang terluah bukan dari akalnya yang waras.
“No. thanks,”
Mendengar Sabrina sekali lagi menolak, Badrul Cuma menjungkit bahu. Darius tersenyum kecil.
“Kalau macam tu, kita pergi sekarang, Bad?,”Darius bersuara sambil mengangkat punggung.
Badrul mengangguk. Beberapa langkah meninggalkan Sabrina, sekali lagi dia menoleh ke arah Sabrina yang masih di kerusi. Percaya atau tidak, dia mahu terus menatap wajah itu. Dia mahu terus berada di depan mata Sabrina. Dia mengeluh keras. Binggung dengan perasaan yang sudah mula merajai akalnya. Atas sebab itu jugakah, mulutnya begitu ringan mengajak Sabrina
Menyertainya. Semenjak pertemuan di bukit untuk ke sekian kalinya, tiba-tiba dia berasa begitu hampir dengan Sabrina.

***

31 comments:

Anonymous said...

thanks hanni

-tni-

nurhakim said...

thnks kak hanni..
ada gak n3 pam ari nie..
bad dah angau ngan sabrina ke 2??
hihiii
next n3 cpat smbng cpat skt tau kak hanni...;)

Noradilah Mohamaddia said...

Assalamualaikum...bst nya,
ahhrnya ada jga smbgan. bla lgi Akak nak smbg? tk sbarla...

nana_yoong said...

akak, membaca novelmu menjadikanku seorg yang tahu bersabar..wlupun sebenarnya btl2 xsabar nak tahu..kalau novel ni da lame sy beli..huhuhu

Anonymous said...

seronok la,xsabo nk tau cite seterusnyer...
Teruskan usaha ye,cayokk...

Anonymous said...

nice n3, thanks so lot

atashinci said...

betul2 saya pon xsbr ni.....
bagus darius.....
bagi bad jeles ckit.....
hehehehehehhe

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ said...

muahahaha..
best2 aa...
ajakan yang tak disedari tapi lahir dari hati tue..
heehe..
thx kak hanni..=)

-Ain-Dak In- said...

gasak la ko bad..
angau ngan ina..
hahha..
xpe..xpe..
isteri sndri..
huhuhu....
thanks k hanni.

alom said...

kakhaniiiii.. tq beri mas coz ur new n3..lub u kak,rindu pd pam tau..

Anonymous said...

haaiiiii...terbuai2 rasa hati...hhmmm...gud job k.hanni...next n3..kasi cepat ye..xsabor dh ni...

Anonymous said...

cepat lar sambung lagi.. hehehe best lar cter nie

iman said...

thanks kak hanni...
akhirnya dapat gak baca sambungan PAM ni... hisy bad2 kalau dah suka katakan suka kang di kebas darius baru nak makan hati berulam jantung.. dua tiga kali fikir baik sabrina ni cerai dengan bad pastu bercinta dengan Darius... seplayboy Darius tu masih tahu menilai orang...
hehehehe memang fobia kat lelaki yg tak reti menghargai ni...

atie md said...

thanks kak hanni... best n3 ni

ixora_us said...

assalammualaikum.
ermm...dah lama tunggu sambungan cerita ni..dah ada, terubat la sikit rindu nak bc cerita ni. best sgt.

Anonymous said...

thank kak
dapat juga baca PAM hari ini, tapi rasa x sabar & x puas baca. Rasa nak lagi sampai tahu rasa hati sabrina & badrul yang terpendam tuuu....

Anonymous said...

bestnya...heheheh
naklg sambungan...

Unknown said...

wah...dh lme tggu cite ni..akirnye ada gk..huhuhu...em..mst si bad dh dgr ape yg ina n darius ckp..mtk2 la die dgr n nmpk btape beknye ina 2..hehehehehe..

bnga2 cnta mulai2 dtg..*ngeh2~*

Anonymous said...

cinta mula berputik..

Hafia Hana said...

he..he..
bad dah sasau~
cartoon btoll la bad nehh~

Anonymous said...

thanx ya kak hanni..

finally ad gak smbungan citer pam nih.. tp kan, bla sy bce mcm dh xad perasaan excited sbb jln citer die sma jer.. cma beza cra olahan. n now c bad tu dh mula jtuh cinta.. bila lg nk bongkar penipuan c maria? dayana mcm mana? citer ni dh agk meleret-leret. sy hrp kak hanni x terasa dgn komen sy.. ni ikhlas dr sy sbgai pmbaca setia novel kt blog ni. Dan, x kisah la kalo yg lain suka tp itu pndpt sy.. Msg2 kan pnya citarasa yg berbeza..

Peace! No war!

Anonymous said...

bila bad nk luahkan perasaan yg dh mula berputik dn berbunga ni..setia menunggu....

Nurul Syahirah Dzulkifli said...

hmmm bila bad nak ngaku nii hehe

misz nana said...

"Dia sendiri terkejut dengan soalan sendiri. Bagamana soalan itu boleh terpacul dari bibirnya?"

tepuk dada tanya iman bad.. hehehe..

"Percaya atau tidak, dia mahu terus menatap wajah itu. Dia mahu terus berada di depan mata Sabrina."
dah terang lagi bersuluh bad.. awak dah jatuh cinta kat sabrina..

atinmarzuki said...

hahaha..tq kak hanni..bad da mkn angau..suka!!!^_^

Unknown said...

no comment.. bcoz as always.. best sangttttttttttttttttt

Anonymous said...

bunga2 cinta berguguran
bad+ina
so sweet

Anonymous said...

hmm.. terubat eindu kat ina dan bad....

Aishah Hamzah said...

salam...
sye follower br blog kak hanni....
cte nie mmg best....
rasenye novel kedua yg berjaya menitiskan airmata sye yg agak berhati batu nieh...
haha
cm ner nk wat cter yg sedih kak?
sye wat cter sye cm x berselera je...
hikhikhik
papepown,all the best yer kak...

Anis said...

cte nie memang best...
novel pertama kak hanni berjaya buat saya ketawa sorang2...
novel kedua boleh buat saya menangis sorang2
taniah kak hanni..

Anonymous said...

Bad dah jatuh cintq dengan ina tapi dia taknak mengaku! Macamni ke lelaki? Takkan perempuan nak mulakan . Malu laaaaa :3 hahaha good job kak bestt - icha -

[11:35:50 PM] hos.getah: