“Mana duit aku?,”
Maria menjeling tajam. Wajah Iskandar direnung tajam.
“Duit apanya? Bukan kau yang kena tangkap dengan Ina. Dia dah kena tangkap dengan orang lain,”
“Itu bukan masalah aku. Yang penting, ikut rancangan, kau akan bayar aku kan? Cepat bayar. Dahlah melepas peluang aku nak kahwin dengan Ina. Sekarang, duit aku pun, kau tak nak bagi?,”
“Kau melepas sebab kau bodoh. Yang kau bagi nombor bilik salah kat aku, kenapa?,”
“Hello, Mar. Pembetulan. Bukan aku yang bodoh. Tapi, kau tu bengap. Pekak. Aku bagi nombor lain, kau pergi cakap kat Ina, nombor lain. Dah.. aku tak nak cerita panjang. Bagi duit aku. Aku dah buat apa kau suruh,”
Maria menjeling tajam.
“Cepatlah. Dahlah sewa bilik hari tu pun, pakai duit aku. Aku tak claim pun, dah kira nasib baik tau,”
Maria mengeluh panjang.
“Yalah.. yalah… nanti aku bank in masuk account kau,”
“Bagi cashlah,”
“Aku tak ada banyak cash sekarang,”
“Cheque?,”
“Is! Aku kata nanti, nantilah. Jangan risaulah. Aku tak akan lari ke mana pun,”
“Dah lebih sebulan kau cuba lari dari aku. Bukan aku tak tahu,”selamba lelaki itu bersuara membuat wajah Maria memerah menahan geram.
“Aku bukan larilah. Banyak benda yang aku kena uruskan. Aku janjilah, by next week kau dapat duit tu. Kerja tak buat, senang-senang kau angkut duit ya?,”
“Yalah. Tak ada dalam perjanjian kita, kalau misi gagal, upah dikira hangus. Kan?,”
“Banyaklah kau punya misi. Nasib baik nombor aku bagi tu, ada lelaki kat dalamnya. Kalau dibuatnya bilik perempuan? Sia-sia saja aku rancang semua ni, tahu tak?,”
Iskandar tergelak riuh mendengar rungutan itu.
“Tapi, aku terkilanlah,”
Maria merenung wajah Iskandar.
“Terkilan apa pula?,”
“Yalah. Kalau bukan kerana kebodohan kau tu, Sabrina dah selamat kahwin dengan aku sekarang. Dah jadi isteri aku, tahu tak? Ni… sebab kau, aku putih mata,”
Maria tersenyum kecil.
“Kau ni, betul-betul nak kahwin dengan dia ke… Cuma nak dia saja?,”
“Aku suka Sabrina tu. Manja. Comel. Bahagia kalau aku dapat dia,”
“Yalah tu. Bukan aku tak kenal buaya macam kau ni. Semua perempuan buat kau bahagia,”
Iskandar tersenyum.
“Kalau aku jumpa dia sekali lagi…,”
“Tak payah nak beranganlah. Dia dah jadi menantu Datuk pun,”
“Maksud kau?,”
“Aku tersilap bagi nombor bilik anak Datuk kat Ina,”
“Siotlah kau Mar,”
“Nak buat macam mana. Aku bukannya sengaja,”
“Sepatutnya kau kena bayar aku double, tahu tak?,”
“Jangan nak mengada. Aku nak bagi juga ni, dah kira cukup bagus, tahu tak,”
Iskandar tersenyum lagi.
“Ada lagi ke perempuan yang kau nak bagi tertangkap basah dengan aku?,”
“Mana ada? Jangan nak mengada,”
“Manalah tahu, kan? Tapi kan, aku tertanya-tanya sikitlah. Kenapa kau buat Ina macam tu? Best friend kau pula tu,”
“Aku ada sebab aku sendiri,”
“Sebab Ikmal ke?,”
Maria diam.
“Jahat betullah kau ni,
”Mulut tu jaga sikit ya? Kalau aku ni jahat, kau tu apa? Yang kau sanggup nak tolong tu, kenapa?,”
“Yalah. Dah kau suruh aku kena tangkap basah dengan gadis idaman aku, mestilah aku nak. Dah lama aku asyik perhati Ina tu, dari jauh saja. Susah sangat nak dekat. Asyik dengan kekasih dia aje. Jual mahal budak tu, kalau dengan lelaki lain. Itu yang buat aku lagi geram kat dia tu. Aku suka sangat kalau burung yang susah nak kena jerat ni,”
“Sudahlah tu. Jangan nak berangan depan aku. Burung kau tu, dah masuk dalam sangkar emas dah. Tak usah nak mimpi lagilah. Kau pergi cari perempuan lainlah,”
“Takkan sama dengan Ina tu…,”
“Diamlah. Macam dah tak ada cerita lain kau nak cakap ya?,”Maria bersuara geram. Iskandar ketawa riuh.
“Kau cemburu kan? Kau cemburu bila aku asyik puji Sabrina. Agaknya sebab cemburulah, kau sanggup buat dia macam ni ya?,”
Maria menarik nafas panjang. Kata-kata Iskandar bagai melekat di kotak fikirannya.
“Ek hem,”
Maria tersentak. Segera dia berpaling. Ikmal tercegat di belakangnya. Sekuntum senyuman diukir buat lelaki itu.
“Dah habis berkemas ke?,”
Ikmal tersenyum kecil. Perlahan dia melabuhkan punggung di sebelah Maria. Memandang kanak-kanak yang berkejaran di halaman rumah Pak Longnya yang luas itu. kenduri kesyukuran sudah pun selesai.
“Kenapa?,”
Maria berpaling. Sedikit hairan mendengar soalan Ikmal yang Cuma sepatah. Ikmal merenung jauh ke hadapan. Tajam renungan itu.
“Kenapa apa?,”soal Maria menagih penjelasan.
“Bila aku suruh mak aku buat keputusan yang dia nak, aku mengharapkan kau menolak permintaan mak aku. Tapi, kenapa kau tak tolak? Kenapa kau terima?,”
Maria mengeluh perlahan. Faham sudah akan maksud soalan Ikmal.
“Entahlah, Mal. Aku kasihan tengok wajah mak kau,”
“Kau tak kasihan pada diri kau sendiri? Bukan kecil pertaruhan yang kau buat ni, Mar. ini melibatkan masa depan kau. Hidup kau. Mana boleh kau buat keputusan hanya kerana kasihan? Aku tahu kau mahu menolong kawan. Tapi, bukan ini caranya untuk kau tolong aku, Mar. Terlalu besar pengorbanan kau buat ni,”
Maria tersenyum sambil merenung cincin permata rubi yang menghiasi jari manisnya. Cincin yang sepatutnya ibu Ikmal sarungkan ke jari manis Sabrina.
“InsyaALLAH aku tak menyesal, Mal,”
“Aku tak tahulah apa ayat yang mak aku guna untuk pujuk kau. Berkali-kali aku tolak. Berkali-kali dia nekad nak Tanya kau. Kalau kau setuju, bermakna aku juga kena akur. Itu keputusan muktamadnya. Kenapa kau setuju? Itu yang aku paling tak faham,”
“Entahlah. Anggaplah aku buat semua ni, kerana mak kau. Kerana maruah keluarga. Aku tak kisah kena jadi bidan terjun macam ni,”Maria bersuara separuh melawak. Membuat Ikmal tersenyum tawar.
“Tak sangka kan?,”
“Apa yang kau tak sangka?,”
Ikmal memandang wajah Maria.
“Satu hari kita terikat dengan ikatan ini,”
“Aku faham perasaan kau. Jangan salah faham dengan tindakan ini. Aku tak nak kau anggap aku mengambil kesempatan atas apa yang berlaku pada Ina. Atas apa yang berlaku pada kau. Mak kau cakap Pak Long kau dah siap nak buat kenduri ni. Aku jadi tak sampai hati nak biarkan mak kau malu pada Pak Long kau. Dan, Pak Long kau pula, malu pada orang kampung. Kalau kau tak nak teruskan ini semua, taka pa. aku redha. Lagipun. Semuanya dah selamat kan? kau boleh putuskan pertunangan ini kalau kau mahu,”
Ikmal memandang wajah Maria tajam. Tidak percaya mendengar kata-kata Maria. Begitu sekali usaha Maria untuk menjaga nama baik keluarganya.
“Aku tak sejahat tu, Mar. Takkan aku nak malukan keluarga kau pula, setelah kau selamatkan air muka keluarga aku. Aku Cuma bimbang. Bimbang nanti aku akan membuat kau kecewa,”
“Aku faham. Aku tahu bukan senang kau nak lupakan Ina. Lupakan kenangan kau dengan dia. Aku tak kisah. Betul-betul tak kisah,”
Ikmal diam. Perlahan dia mengeluh. Memandang wajah Maria sekali lagi. Begitu tulus hati gadis ini.
“Kalau aku Tanya kau satu soalan, aku harap kau tak salah faham,”
Maria tersenyum manis. Memandang wajah Ikmal lama. Senang hatinya melihat wajah itu. Bagai mimpi, kini dia duduk di hadapan lelaki itu sebagai seorang tunang. Impian yang tidak pernah dia sangka akan menjadi kenyataan.
“Apa kau nak Tanya?,”
Ikmal diam. Seketika, dia Cuma tunduk.
“Hey, tanyalah. Apa dia? Aku dengar ni,’Maria bertanya sambil menepuk bahu Ikmal. Ikmal tersenyum seketika.
“Apa kau harapkan dengan menjadi tunang aku?,”soal Ikmal perlahan-lahan. Soalan yang membuat Maria sedikit tersentak.
“Sorry. Aku tak berniat nak buat kau tersinggung. Aku Cuma mahu Tanya,”cepat-cepat Ikmal memohon maaf sebaik melihat riak wajah Maria yang berubah tiba-tiba. Maria mengukir senyum yang sedikit kelat.
“Aku tak harapkan apa-apa,”
“Maksud kau?,”
“Niat aku ikhlas. Aku nak tolong kawan aku. Selebihnya, aku serahkan pada takdir. Biarlah takdir yang tentukan segala-galanya. Apa yang aku boleh buat, Cuma satu. Berusaha membuat hidup kita menjadi lebih bermakna. Kalau pun tidak menjadi terlalu baik, sekurang-kurangnya biarlah kehidupan kita hari ini lebih baik daripada semalam. Dan esok… kehidupan kita menjadi lebih baik dari hari ini. Itu saja,”
Ikmal diam.
“Dan, untuk itu, kita perlulah berusaha, Mal. Berusaha untuk menjadi orang baru. Jangan biarkan kisah sedih tu, terus merantai jiwa kita. Untuk aku berusaha sendirian, memanglah susah. Kita perlu berusaha bersama-sama, kalau kita mahu kekalkan ikatan ini. Aku tak akan mendesak. Jauh sekali memaksa. Keputusan ada di tangan kau. Aku akan terima dengan senang hati,”
“Kau ni, memang pandai berkata-kata. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kau, penuh dengan motivasi. Bercakap dengan kau, buat aku rasa macam aku tengah hadiri sessi kaunseling,”Ikmal bersuara separuh bergurau. Maria tergelak kecil.
“Suka hati kaulah, kau nak cakap apa,”
Ikmal tersenyum.
“Kau tahu, Mar?,”
Maria memandang wajak Ikmal sambil mengangkat kening.
“Bila dengar kau cakap, aku rasa macam senangnya hidup ini. Senangnya nak buat begitu. Senangnya nak buat begini. Tapi, kenapa bila aku cuba, rasanya macam susah sangat?,”
“Sebab kau biarkan hati ka uterus dibelenggu cerita-cerita sedih tu. Kau sayang nak lepaskan kesedihan tu. Aku rasa bersalah pada cinta kau pada Ina, kalau kau mapu buang semua kesedihan tu. Kan?,”
Ikmal diam. Barangkali Maria benar. Dia merelakan dirinya larut dalam kesedihan semata-mata kerana dia ingin dekat pada Sabrina. Dia ingin terus merasai cinta Sabrina. Dia ingin Sabrina terus wujud di hatinya.
Maria menatap wajah Ikmal. Perlahan mencapai tangan lelaki itu.
“Just let her go. Itu akan buat kau rasa tenang. Dan akan beri kau semangat untuk bina hidup baru,”
“Tak mudah, Mar,”
“Aku tahu tak mudah. Sebab tu aku tak akan paksa. Cuma aku minta, kau cuba sedikit demi sedikit. Cuba belajar hidup tanpa Ina. Tanpa kenangan Ina,”
Ikmal memandang Maria.
“Terima kasih, Mar. terima kasih kerana jadi sahabat aku. Kalau kau tak ada, aku tak tahu nak hadapi semua ni macam mana,”
Maria tersenyum.
“Tak apa. Cukup-cukuplah berterima kasih pada aku. Aku tak ada buat apa-apa pun,”
“Tak. Kau kembalikan semangat aku yang hampir hilang,”
“Aku sedia membantu, selagi kau mahu bantu diri kau. Itu yang paling penting. Semuanya tak bermakna, kalau kau tak nak berusaha,”
“Aku akan cuba,”
“Bagus. Itu yang aku nak dengar,”
Ikmal tersenyum kecil. Namun, entah kenapa, dalam azamnya yang baru, wajah Sabrina masih datang mengganggu.
“Entah macam manalah Ina sekarang. Aku harap sangat dia bahagia. Walaupun dia tak kahwin dengan aku. Aku tak sanggup nak tengok Ina terseksa,”
Maria diam seketika. Perlahan dia mengangkat muka. Memandang wajah Ikmal.
“Mungkin dia sedang bahagia,”
Ikmal membalas renungan Maria. Ada berita tentang Sabrina yang Maria tahu ke?
“Maksud kau?,”
Maria mengangkat punggung. Berdiri di hadapan Ikmal.
“Hari tu aku ada telefon rumah mertua dia. Dia ada bagi aku nombor telefon rumahnya,”
“Bila?,”
“Sebelum kita bertunang,”
“Kau bercakap dengannya? Dia apa khabar?,”laju soalan itu meniti bibir Ikmal. Membuat hati Maria terhiris perlahan-lahan. Namun, dia kena terima. Dia harus terima ini semua. Membantu Ikmal melupakan nama Sabrina sedikit demi sedikit.
“Tak. Aku tak bercakap dengan dia. Orang gaji dia yang jawab,”
Ikmal kelihatan sedikit hampa.
“Dia tak ada di tumah masa aku call. Kata orang gaji dia, dia ke Pangkor. Honeymoon,”
Wajah Ikmal berubah serta merta. Tiba-tiba dia dilanda rasa cemburu yang teramat sangat.
“Mal. I’m sorry. Aku tak patut beritahu kau, kan?,”
Ikmal menahan nafas.
“Berapa lama dia ke sana?,”soalnya dengan nada yang cukup dingin.
“Dua minggu. Tapi, dah lama dah. Sebelum kita bertunang lagi,”
Ikmal menahan rasa. Kenapa dia perlu berperasaan begini? Kenapa dia perlu berasa sakit hati mendengat berita dari Maria. Seharusnya dia gembira kerana Sabrina kini bahagia. Ternyata berita kebahagiaan Sabrina tidak juga membuat dia gembira. Ternyata kata-katanya sebentar tadi, cumalah luahan hipkorit dari hatinya. dia memang mahu Sabrina bahagia. Dia memang mahu Sabrina gembira. Tetapi, dia mahu kebahagiaan dan kegembiraan itu dikongsi bersamanya. Bukan bersama lelaki lain.
“Mal…,”
“Sorry. Aku rasa aku nak bersendiri sebentar,”Ikmal bersuara perlahan. pedih hatinya mendengar berita tentang Sabrina. Maria mengeluh perlahan.
“Itu sebabnya kau kena kuat Cuma lupakan Ina,”
“Please, Mar,”
“Okaylah. Aku pergi. Tapi, kau… tolonglah jangan layan sangat perasaan sedih kau tu. Ina boleh hidup bahagia… buktikan kau juga boleh,”
Ikmal diam. Tunduk melayan rasa pilunya.
“Be strong. Kalau bukan untuk kau… buatlah untuk aku. Kalau pun bukan untuk aku… buatlah untuk mak. Takkan kau smapai hati nak lihat mak sedih tengok keadaan kau macam ni,”
Ikmal diam. Dalam tunduk, dia biarkan air matanya menitis. Teringatkan Sabrina. Teringatkan pengorbanan Maria. Teringatkan harapan ibunya.
“Aku masuk dulu. Apa-apa hal, panggil aku,”Maria bersuara sayu sambil melangkah.
“Tunggu, Mar,”pantas Ikmal menarik tangan Maria. Membuat Maria tergamam seketika. Perlahan dia melabuhkan punggung di sebelah Ikmal.
“Ok. Aku tunggu,”ujarnya perlahan.
“Thanks,Mar,”bisiknya sambil menjatuhkan wajahnya ke bahu Maria. Menangis di bahu Maria.
“Please. Mal. Jangan kadi lemah macam ni,”
Ikmal diam. Tidak menjawab. Cuma membiarkan air mata terus menitis membasahi pipi. Lega dapat menangis di bahu temannya itu.
***
23 comments:
asyik refresh je page...finally dapat gak baca b4 blk...punya la x sabar kan?? hehehe...
=NINA=
haaa...geram btol lar ngn maria nih...
sampai ati wat mcm tuh kt besfren sendri..
yg jadi manga sabrina ngan ikmal..
cian ikmal kene tipu bulat2 ngan maria..tp suke gak sabrina ngan badrul..hehe
dapat gak baca PAM sebelum balik, best2
tak sabar nak tunggu reaksi masing2 bila kebenaran terbongkar...
akak..cepat2 tau upload cerita ni.
next week kita dah nak balik kg. cuti sebulan. x dpt la bukak page akak hari2..hehehe...
chayok...chayok...
ala...kesian ikmal......
berkahwin atas kesedihan org lain xkan membawa bahagia.....
seumur hidup kte dikejar prasaan bersalah.....
percayalah.........
good job hanni
sa...yg hanni
muaaaaahhhh
teruknya maria, aku harap x jupa sahabat sepertinya sepnjg hidup ini.. terlalu tragis..
ya Allah...napelah rasa geram sangat ngan maria nieeee.....talam 2 muka tul...sanggup buat kawan baik sendiri macam tue....tapi mujur gak dia silap bagi no bilik kat ina...kalu x ,x pasal2 ina kena kawin ngan iskandar...
sayang kat kak hanni .. .selalu tepek new n3...
benci nye maria tuuuuu
ei rasa nk ceki2 je dia .
kwn mkn kwn :|
xsuka baca cite maria..suka cite bad n sabrina je..
i hate maria so much!
anarif-KAU PENAWARKU @ penulisan2u
eeeeeeeeeee menciiiii gerammmmmmmmmm y amt sgt kt maria tuh...
kak hanni....tlgla jgn bg maria tawen ngan ikmal yer... xshuker3
thanx kak bg n3 smpai 2 hr ni...love u
maria x kan bahagia dengan apa yg dia buat..sggup meragut kebahagiaan kawan baiknya sndiri tuk kepentingan sndiri... wpn dia rasa puas tapi hatinya kosong..
semoga sabrina akan temui kebahagiaan..
ha'ah.. ikhlas la sangat nak tolong mak ikmal cover malu tu.. sekarang boleh la maria selesa ngan kedudukan dia sebagai tunang ikmal.. kita tengok bila ikmal dah tau plan jahat dia tu.. mau x mengamuk si ikmal.. maria, maria.. bila la ko nak betobat ni? huhuhu.. nak sabrina ngan badrul! nak sabrina ngan badrul! hihihihi..
rasanya maria tak layak untuk ikmal sbb maria talam 2 muka. walaupun sabrina sudah berkahwin, ikmal tak seharusnya bersama dgn maria. biarlah sabrina dgn badrul, dan ikmal ditemukan dhn seseorang yg hampir berperwatakkan seperti sabrina. Ha! baru adil. sbb ikmal tak bersalah langsung. tgk!!!! manusia yg berhati dengki selalunya rugi...................
eiii benci maria!! benci! tak suka dia! Tapi ble pk blek bgus gak..suka sgt kalau sabrina ngn badrul.huahua..
thanks kak hanni bagi n3 baru kat kitorang...luv u so much...
mmmuuuaaahhh... :*
honey sentiasa doakan kak hanni sihat selalu supaya dapat sambung citer2 kak hanni..
bnci btul la ngn maria 2...
ee..klu dpt maria 2..siap la dy..
ap pn..good job kak hanni..
ble nk smbung lg cite nie.. best sgt2.. x sbr nk bc yg seterusnye.. w/pun tgh sibuk exam tp ttp x miss bc cite nie ari2.. ada x part yg badrul jealous tgk ina n ikmal bersama.. mesti best part nie kan...
nice work..
suka sangat citer ni...
maria tu mmg kawan yang xboleh dipakai..kadang2 dalam hidup ne jgnla bergantung hanya pada kawan..
kadang2 kawan makan kawan..
pas ni cuti sebulan xdapat la nak bukak blog kak hanni hari2 macam skang, but no wonder balik cti nnti, blog kak hanni is the 1st place that i visit....
Maria tu bukan talam 2 muka tapi gunting dalam lipatan saya rasa... Bahay tul ada kengkawan camni..2lah hadis Rasulullah saw dh ajar camne nak berkawn ni dgn sejelas2nya... Alahai Maria...
sape lah si iskandar tuh..
amboi..bukan main pandai bekate2..pokpek pokpek cam pop corn!
bitch!
jahatnye c maria tu............
x hpy la kau.
Post a Comment